Cinta Di Bawah Sedar
by Rahim Maarof
Lyrics and Meaning


Ratings

Song Lyrics


Song Meaning
Verse 1
Guruh di langit bumi ketandusan
Tengkujuh tiba tiada membawa hujan
Raga pun lesu jiwa kehausan
Bunga cinta layu digenggaman
Verse 2
Alamku tak seperti dulu
Tidak seindah waktu
Kita bersatu
Didakapan syahdu..
Verse 3
Selasih ku tanam kecubung yang tumbuh
Merawan dan melawan terus berlarutan
Dengan kalimah mentera serapah
Tidak mampu aku ulangi..
Verse 4
Detik percintaan semalam
Kemusykilan berterusan di fikiran
Hingga akal dan hati tanya menanya
Siapa? angkara..
Verse 5
Tiada azam untuk mendaki
Turun naik tidak ku peduli
Ku lebih senang diam begini
Menentang badai dalam diri..
Verse 6
Cinta di bawah sedar
Meniti dawai usang
Sesat mencari jalan pulang
Verse 7
Asmara di awangan
Mencakar awan hitam
Mencari setitis air dan sinarnya
Verse 8
Apa erti cinta
Hanya duka lara
Dan membelai jiwa gelora
Verse 9
Cinta di bawah sedar
Jiwa raga terbiar
Hingga yang salah jadi benar
Verse 10
Asmara di awangan
Mencakar awan hitam
Mancari setitis air dan sinarnya
Verse 11
Apa erti cinta
Hanya duka lara
Membelah jiwa yang bergelora
Di awang kasih bergelora
Bergelora...
Verse 12
Cinta di bawah sedar
Jiwa raga terbiar
Hingga yang salah jadi benar
Verse 13
Asmara di awangan
Mencakar awan hitam
Mancari setitis air dan sinarnya
Verse 14
Apa erti cinta
Hanya duka lara
Membelah jiwa yang bergelora
Di awang kasih bergelora
Bergelora...

Lyrics Licensed & Provided by LyricFind
Writer(s):Lyrics © Luncai Emas Sdn Bhd
Copyright: Syed Mohd Amin Syed Hashim



What's Your Interpretation?

No Thoughts or Song Meanings Yet

Be the first to leave a thought.

Related Blog Posts